
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan platform digital, eRezeki bagi membantu meningkatkan golongan berpendapatan bawah RM2,500 yang dikenali sebagai golongan B40.
Platform digital yang dibangunkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) itu menyasarkan kumpulan pekerja kilang, mereka yang tidak bekerja, pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.
Dalam ucapan perasmian, Najib berkata, Malaysia kini mencapai tahap ekonomi digital yang membanggakan. Pelancaran eRezeki yang di buka kepada golongan berpendapatan di bawah RM4,000 dilihat dapat membantu meningkatkan pendapatan kumpulan B40.
"Kita mahu kekayaan negara melimpah kepada semua. Saya tak percaya tekanan pasaran boleh membantu golongan B40.
"Hanya kerajaan prihatin akan mempu mengubah nasib kumpulan ini. Kita mahu meningkat pendapatan kumpulan ini daripada RM2,500 kepada RM5,000 pada 2020," kata Najib.
Najib berkata, ketika ini ekses Internet berkelajuan tinggi telah mencapai 84 perarus iaitu melepasi sasaran 50 peratus menjelang 2020. Ekonomi digital tahun lalu menyumbang 16.3 peratus kepada KDNK dan dijangka meningka18.2 peratus pada 2020.
Melalui eRezeki, peserta yang berminat perlu mendaftar dengan 22 pusat eRezeki yang diwujudkan di setiap negeri di seluruh negara. Peserta akan diberi latihan sewajarnya di pusat eRezeki sebelum melakukan tugasan.
Antara kerja termasuk melukis grafik, memasukkan data, memasukkan gambar, menulis cerita, membuat ilustrasi dan lain-lain yang diminta oleh syarikat pelanggan.
Pekerjaan yang dilakukan sesuai dengan tahap kemahiran mereka. Kadar bayaran berdasarkan tugasan yang dilaksanakan. Ketika ini terdapat empat pusat eRezeki telah ditubuhkan iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu dan Kedah.
Di arena internet, terdapat beberapa kaedah untuk menjana pendapatan tambahan, termasuk melalui laman-laman yang menawarkan tugasan mudah seperti Fiverr dan sebagainya. Terkini, dalam usaha memperkaya ekonomi digital pengguna tempatan, pihak MDeC turut hadir dengan sebuah perkhidmatan khusus dinamakan sebagai eRezeki, sekaligus memudahkan pengguna tempatan untuk menjana pendapatan tambahan melaluinya.
Program eRezeki ini memfokuskan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan bawah RM4,000 sebulan, dimana mereka boleh menyertai program eRezeki, dan membuat beberapa tugasan digital yang ringkas, serta menjana pendapatan tambahan melaluinya.
Melalui semakan kami untuk perkhidmatan eRezeki ini, program ini menawarkan beberapa tugasan ringkas, dimana antaranya adalah termasuk:
- Memasukkan data daripada teks di laman web
- Memasukkan data daripada imej yang dilihat
- Memasukkan data daripada audio atau video
- Menyemak dan memperbaiki maklumat atau info yang silap
- Membuat carian di internet untuk beberapa maklumat tertentu
Melalui pengiraan kasar yang diperlihatkan pada laman eRezeki, mereka mengatakan pengguna boleh menjana sehingga lebih RM500 sebulan dengan membuat tugasan secara kasar 3 jam sehari selama 24 hari. eRezeki menawarkan kaedah pembayaran melalui PayPal atau terus ke akaun bank tempatan.

Untuk tahun pertama perlaksanaan, kerajaan Malaysia memperuntukkan sebanyak sejumlah RM8 juta bagi menjayakan program eRezeki ini. Ia dikatakan perbelanjaan ini meliputi beberapa perkara, termasuk penyediaan infrastruktur Pusat eRezeki – dimana ia menyediakan fasiliti seperti komputer dan internet bagi membolehkan pengguna ke Pusat eRezeki dan membuat tugasan disana. Empat pusat eRezeki pertama dilokasikan di Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu dan Pahang, selain mereka menyasarkan untuk membuka lebih kurang 7 pusat lagi dalam beberapa bulan akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu melancarkan ‘eRezeki’, suatu program untuk membantu rakyat berpendapatan rendah menjana pendapatan tambahan secara dalam talian.
Beliau berkata inisiatif itu sekali gus dilihat dapat menjadi pemangkin melonjakkan pendapatan kumpulan 40 peratus terendah (B40) dalam piramid pendapatan.
“Kita mesti mengambil inisiatif secara intervensi yang positif, saya tidak percaya kalau kita serah kepada penentuan pasaran dalam ekonomi kapatilistik ini, boleh memberi kesan kepada peningkatan pendapatan kumpulan B40,” katanya pada majlis pelancaran program itu dan pusat eRezeki di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini Rabu.
Jelas Perdana Menteri inisiatif eRezeki dilihat akan memberi kesan cukup besar membantu peningkatan pendapatan kumpulan itu daripada RM2,500 sebulan pada 2014 kepada RM5,000 sebulan pada 2020.
“Dalam era digital ini kita juga tidak mahu ia terhad kepada mereka di Cyberjaya sahaja tetapi mesti meresap ke akar umbi untuk melahirkan golongan baharu yang mana berpendapatan mereka bertambah” katanya.
Menurutnya program berkenaan juga akan melatih dan memadankan masyarakat kumpulan B40 dengan keupayaan menjalankan tugasan mikro daripada sumber domestik dan asing supaya golongan itu boleh memperoleh pendapatan tambahan.
Justeru itu, katanya sebanyak 11 pusat eRezeki akan dibina di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.
Najib berkata sebanyak 22 wakil pusat eRezeki akan beroperasi di seluruh Malaysia, termasuk di Pusat Internet 1Malaysia, kolej-kolej komuniti, di pusat Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan rakyat menyertainya.
Program eRezeki adalah inisiatif Digital Malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital.
Melaluinya individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.
Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang www.erezeki.my atau menghubungi talian 1-800-88-8338.
DAFTAR DI SINI
Sebagai ahli komuniti warga kerja digital eRezeki, anda akan tergolong dalam suatu kumpulan kerja serba baru yang penting dan moden dan anda akan menggunakan teknologi terkini untuk mencari kerja, memilih tugasan yang ingin anda lakukan (jenis kerja atau tugasan yang dipilih terpulang kepada anda dan bukan seperti lazimnya dimana pelanggan yang membuat pilihan tersebut) dan seterusnya, bila anda menghantar maklumat yang diperlukan anda akan menerima bayaran untuk segala tugasan yang menepati kehendak pelanggan.
Lebih banyak kerja yang anda lakukan, teknologi canggih program eRezeki mempunyai keupayaan untuk merekodkan butir-butir anda dan tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan dengan jayanya. Bila anda semakin mahir, lebih banyaklah kerja yang akan ditawarkan kepada anda dan ini adalah kerana teknologi Portal Kerja Digital eRezeki ini mengetahui jenis kerja yang anda nikmati atau senangi, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai rekod kerja yang baik dalam melaksanakan tugasan atau kerja dengan cekap dan tepat berulang kali.
Pusat eRezeki
Di Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki kami, anda akan mampu bersemuka dengan Siberguru dan mengikuti kelas latihan berkumpulan bagi jenis kerja yang ditawarkan dalam portal kerja eRezeki. Juga terdapat kemudahan dan infrastruktur IT untuk anda bekerja dengan selesa.
Antara Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki yang boleh dikunjungi:
- Pusat eRezeki
Level 4, UTC Kedah, Jalan Kolam Air,
Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar,
Kedah - Pusat eRezeki
No. 15 & 17, Ground Floor, ICT Hub,
Jalan Putra Square 4, Putra Square,
25200 Kuantan, Pahang - Pusat eRezeki
Tingkat 2, Pusat Latihan ICT,
Bangunan Paya Keladi (berdekatan Pasar Payang),
Kuala Terengganu - Pusat eRezeki
Blok E, Terminal Sejahtera Desa Rejang,
Persiaran Rejang,Taman Setapak Jaya,
54100 Kuala Lumpur - Wakil eRezeki
Crowd Business Innovation Centre (CBIC)
Faculty of Computer & Mathematical Sciences,
Universiti Teknologi MARA (UiTM),
40450 Shah Alam, Selangor
Soalan-soalan lazim tentang eRezeki
Program eRezeki
- Apakah itu eRezeki serta matlamatnya?
Program eRezeki bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluangpeluang pendapatan secara digital. - Mengapakah Program eRezeki ini diperkenalkan?
Program eRezeki diperkenalkan bagi membolehkan rakyat terutama daripada kumpulan isirumah berpendapatan rendah untuk mendapat kesedaran, pengetahuan dan seterusnya mengambil peluang ini. Secara ringkas, pihak Kerajaan mahu memastikan rakyat disegenap peringkat dapat mengambil manfaat daripada hasil pelaburan dan pembangunan infrastruktur ICT. - Dari manakah sumber pekerjaan yang akan ditawarkan menerusi Program eRezeki?
Sumber pekerjaan yang akan ditawarkan menerusi Program eRezeki adalah datang daripada syarikatsyarikat antarabangsa, dimana portal eRezeki akan mengenalpasti tugasan yang sesuai untuk disalurkan kepada pekerja di Malaysia.
Selain daripada sumber antarabangsa, tugasantugasan digital dari sumber tempatan akan diusahakan dari masa ke semasa.
Kelayakan dan Penyertaan Program eRezeki
- Adakah program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat?
Program eRezeki adalah mensasarkan golongan isirumah berpendapatan rendah atau yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, serta mempunyai akses kepada Pusat atau Wakil eRezeki yang berhampiran. - Bolehkah saya mendaftar dalam program ini sekiranya pendapatan saya melebihi RM4,000 sebulan?
Sekiranya pendapatan anda melebihi RM4,000 sebulan, anda tidak berkelayakan untuk mengikuti program eRezeki ini. - Sekiranya saya berminat untuk menyertai program eRezeki, bagaimanakah caranya?
Sekiranya berminat, anda boleh mengunjungi Pusat eRezeki atau Wakil eRezeki yang berhampiran. - Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk saya menyertai eRezeki?
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyertai program eRezeki. - Adakah sebarang prasyarat untuk saya menyertai Program eRezeki?
Secara umumnya, manamana individu yang layak dan berminat boleh menyertai. Adalah menjadi kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jatidiri untuk berusaha dan berubah. - Berapa lamakah proses pendaftaran eRezeki?
Proses pendaftaran bagi program eRezeki mengambil masa lebih kurang 5 minit melalui Pusat eRezeki berhampiran - Adakah sebarang had umur untuk menyertai program eRezeki?
Program ini terbuka kepada individu dari kumpulan sasar yang dinyatakan yang berumur 18 tahun ke atas. - Adakah portal eRezeki terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja?
Pendaftaran ke Program eRezeki ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia daripada kumpulan sasar yang dinyatakan sahaja. - Bolehkah rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara menyertai program eRezeki?
Rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara tidak akan dapat menyertai program eRezeki walaupun tergolong dalam kumpulan sasar yang layak. - Adakah program ini terbuka kepada warga asing yang bekerja di Malaysia?
Tidak
Portal eRezeki
- Di manakah saya boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang penggunaan portal eRezeki?
Khidmat nasihat tentang penggunaan portal eRezeki boleh diperolehi melalui:
- Laman web www.erezeki.my
- Bantuan daripada pengurus atau pegawai di Pusat eRezeki berhampiran anda
- Bantuan daripada pengurus atau pegawai di pusatpusat dengan kemudahan jalur lebar yang berfungsi sebagai Wakil eRezeki berhampiran anda
- Sekiranya saya terlupa kata laluan ke portal eRezeki, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan akses?Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, anda perlu menekan link *Lupa Kata Laluan* untuk memohon kata laluan yang baru. Sistem eRezeki akan menghantarkan anda satu email kepada anda untuk membolehkan anda menukarkan kata laluan yang baru dan mendapatkan akses kembali ke sistem.
- Apakah nombor hotline yang boleh saya hubungi sekiranya saya mempunyai sebarang permasalah atau pertanyaan?Hotline 1800888338
- Adakah eRezeki mempunyai aplikasi mobile?eRezeki akan mempunyai aplkasi mobile dan maklumat ini akan diwarwarkan melalui laman web www.erezeki.my
Latihan untuk bekerja di bawah Program eRezeki
- Apakah latihan yang akan diberi bagi saya meningkatkan tahap bahasa dan pengunaan komputer?
Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki akan memberikan bimbingan kepada ahliahli komuniti untuk mendaftar dan mengendalikan portal serta sistem eRezeki.
Seterusnya, ahliahli komuniti boleh memperolehi latihan tugasan secara atas talian, dan mengambil ujianujian penilaian berdasarkan jenis dan tahap tugasan, secara masingmasing atau dengan datang ke Pusat eRezeki untuk bantuan latihan.
Berdasarkan hasil penilaian ujian sesuatu tugasan yang diambil, pekerja digital yang berdaftar akan diberikan notis untuk menjalani latihan berbentuk ‘internship’ di Pusat eRezeki berhampiran, sekiranya perlu, untuk meningkatkan keupayaan pekerja berkenaan membuat tugasan digital secara produktif. - Apakah bahasabahasa yang akan diterap atau disediakan untuk program eRezeki?
Bahasa yang akan diterap dan disediakan adalah Bahasa Inggeris. Ini memandangkan sebahagian besar peluangpeluang tugasan yang ditawarkan adalah daripada syarikatsyarikat luar negara, di samping mendedahkan para pekerja digital tentang pasaran global yang lebih bernilai tinggi. Walaubagaimanapun, sekiranya pekerja menghadapi kesulitan dari segi bahasa, pengurus dan kakitangan di Pusat eRezeki akan membantu mereka dari segi memahami arahan tugasan. - Sekiranya saya tidak dapat ke Pusat eRezeki untuk latihan, adakah langkahlangkah atau tutorial secara online yang boleh saya pelajari?
Secara berperingkat, portal eRezeki akan memperkenalkan pelbagai kaedah latihan baru yang boleh diakses melalui portal www.erezeki.my. Namun begitu, peserta eRezeki perlu mendaftarkan diri melalui Pusat atau Wakil eRezeki
Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki
- Apakah fungsi Pusat eRezeki dan perbezaan di antara Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki?
Pusat eRezeki adalah pusatpusat yang telah dikenalpasti dilokasilokasi strategik, yang disediakan sematamata untuk melaksanakan program eRezeki.
Pusat eRezeki adalah bertanggungjawab dalam:- Memudahcara proses pendaftaran sebagai pekerja digital
- Memberikan latihan dalam selokbelok mengendalikan portal dan sistem eRezeki
- Memudahcara pelatih menjalani latihan atas talian
- Menyediakan slotslot latihan “internship” berdasarkan keperluan
- Menyediakan ruang untuk bekerja
- Menyediakan bimbingan sewaktu bekerja dan bantuan dalam kefahaman bahasa tetapi terhad kepada arahan tugasan
Wakil eRezeki pula adalah rakan strategik program eRezeki yang akan membantu dalam:- Memudahcara proses pendaftaran sebagai pekerja digital
- Memberikan latihan asas berhubung pengendalian portal dan sistem eRezeki
- Dimanakah lokasi Wakil eRezeki?
Pusat Internet 1Malaysia, Kolej Komuniti, Universiti, Medan Info Desa dan lainlain kemudahan kerajaan akan dilantik sebagai Wakil eRezeki secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sila rujuk laman www.erezeki.my untuk maklumat terkini. - Adakah Wakil eRezeki di dalam kampus universiti seperti di UiTM atau Kolej Komuniti terbuka kepada umum?
Keutamaan pelaksanaan program di kampuskampus adalah kepada golongan pelajar dari kumpulan isirumah berpendapatan rendah.
Program dan penggunaan untuk warga umum akan turut disediakan oleh Wakil eRezeki di universiti dan kolej. Pihak Kolej Komuniti sebagai contoh akan menyediakan jadual bagi penggunaan dan latihan oleh pihak komuniti setempat. - Apakah waktu operasi pusatpusat eRezeki?
Operasi Pusat eRezeki:
9am-1am (Ahad-Khamis)
8am-3am (Jumaat-Sabtu) - Mengapa 4 (empat) kawasan Pusat eRezeki itu dipilih? Adakah perancangan untuk menubuhkannya di kawasan / daerah lain?
Empat kawasan tersebut adalah bagi pelaksanaan tahap rintis dan Pusat eRezeki akan dikembangkan ke kawasan / daerah lain secara berperingkat. Pemilihan kawasan adalah berdasarkan kepada kepadatan bilangan isirumah golongan berpendapatan rendah di sesuatu daerah berkenaan dengan merujuk kepada statistik kependudukan yang diperolehi daripada pihak berkuasa tempatan.
Kawasan yang dipilih juga adalah berdasarkan kepada tahap kesediaan infrastruktur jalur lebar yang dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Tugasan Kerja dan Pembayaran
- Bentuk pekerjaan yang terdapat di dalam portal eRezeki?
Terdapat pelbagai tugasan digital yang boleh didapati di dalam portal eRezeki. Secara mudahnya, berikut adalah jenisjenis tugasan digital yang telah dikenalpasti sebagai tugasan tahap permulaan untuk menjana pendapatan. Tugasantugasan adalah seperti berikut:- Pemasukan data daripada teks
Contoh: memasukkan maklumat dari teks di laman web - Pemasukan data daripada imej
Contoh: memasukkan maklumat berdasarkan imej yang dilihat - Pemasukan data daripada kertas atau imbasan
Contoh: memasukkan maklumat dari imej imbasan - Pemasukan data daripada audio / video
Contoh: mendengar dan memasukkan maklumat dari audio / video - Semakan dan moderasi kandungan
Contoh: menyemak dan membetulkan maklumat yang salah - Carian dan pengesahan maklumat atas talian
Contoh: melaksanakan carian atas talian dan memasukkan maklumat yang diperolehi
- Pemasukan data daripada teks
- Berapakah purata pendapatan yang akan boleh dijana sekiranya saya berminat menyertai eRezeki?
- Anggaran pendapatan berdasarkan jenis tugasan digital dan masa yang diluangkan:
- Berapa lama jangkamasa diambil bagi saya mendapat pembayaran upah selepas kerja selesai?
Pekerja Digital yang berdaftar dan telah melaksanakan tugasan digital dengan betul dan sempurna akan menerima pembayaran dalam tempoh 7 (tujuh) hari selepas tugasan berkenaan disemak dan diterima oleh majikan melalui sistem eRezeki. - Bagaimana cara pembayaran upah? Adakah melalui tunai, cek atau pemindahan wang melalui akaun bank?
Terdapat beberapa kaedah pembayaran seperti menggunakan PayPal dan pembayaran terus ke akaun bank melalui kaedah GIRO. - Berapa banyak pekerjaan yang boleh saya lakukan dalam masa sebulan?
Bergantung kepada kelayakan yang dibuktikan melalui rekod latihan tugasan dan kemahiran masingmasing, seseorang individu boleh melakukan seberapa banyak jenis pekerjaan mengikut kemampuan masingmasing. - Adakah pendapatan saya melalui eRezeki akan dikenakan cukai pendapatan?
Pendapatan daripada pekerjaan yang dilaksanakan secara separuh masa atau ‘parttime’ secara umumnya tidak termasuk dalam pendapatan bergaji yang dikenakan cukai.
Untuk maklumat lanjut dan penjelasan berkenaan perkara ini, bolehlah menghubungi pihak JobsMalaysia (www.jobsmalaysia.gov.my) atau pihak Hasil Dalam Negeri Malaysia (www.hasil.gov.my) - Sekiranya ada sebarang pertikaian berhubung pembayaran tugasan yang telah dilaksanakan, siapakah pihak yang boleh saya kemukakan aduan berhubung perkara ini?
Sekiranya terdapat sebarang pertikaian berhubung tugasan dan pembayaran, aduan boleh dikemukakan kepada pihak JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia di www.jobsmalaysia.gov.my atau di talian 038320 2713/4/5.
Umum
- Bagaimanakah pihak anda boleh menjamin bahawa eRezeki ini bukan skim penipuan?
Program eRezeki adalah satu program yang diterajui oleh MDeC, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Platformplatform yang menawarkan peluang jana pendapatan di dalam program eRezeki telah diselidiki dari segi kesahihan dan mekanisma pembayaran kepada pekerja, dan diminta membuat termaterma sewajarnya dengan para pekerja digital yang mendaftar. Pelaksanaan program eRezeki juga adalah dipantau oleh jawatankuasajawatankuasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). - Berapakah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan untuk melaksanakan Program eRezeki?
Untuk tahun pertama pelaksanaan, Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM8 juta untuk melaksanakan Program eRezeki, khususnya dalam pembiayaan koskos infrastruktur Pusat eRezeki, latihan dan penyaluran peluangpeluang tugasan digital kepada rakyat, khususnya golongan B40. - Bagaimanakah program eRezeki akan menyumbang kepada ekonomi negara?
Menerusi program eRezeki, model ekonomi digital yang inovatif dan inklusif akan dapat direalisasikan, di mana tiada lagi batasan untuk manamana individu untuk bekerja dan mendapat pendapatan. Ini akan membolehkan setiap ahli isirumah untuk turut serta dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan isirumah. Program eRezeki ini juga adalah amat sesuai dengan golongan muda yang rata–ratanya mahir dalam menggunakan teknologi ICT.
Pihak Syarikat dan Korporat
- Bagaimanakah pihak syarikat atau korporat boleh menyertai program ini dan siapakah yang boleh dihubungi berhubung perkara ini?
Bagi manamana syarikat atau badan korporat yang berminat untuk menyertai program eRezeki ini terutama untuk menyalurkan pekerjaan dan mengambil peluang daripada kaedah ini, bolehlah menghubungi pihak MDeC di talian 1800888338 atau email kepada clic@mdec.com.myuntuk pertanyaan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan