Selasa, 12 Mei 2015

Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan Kecewa Tidak Mendapat Jemputan Di Majlis Penyampaian Notis 5A


KUALA KUBU BHARU : Seramai 139 Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan begitu kecewa kerana tidak mendapat jemputan ke Majlis Penyampaian Borang Notis 5A (Geran Tanah) di Kompleks Sukan, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 11 Mei 2015 baru-baru ini.

Penyampaian borang notis 5A dilakukan oleh YAB Dato' Menteri Besar, Selangor Tuan Mohamed Azmin bin Ali disaksikan lebih kurang 500 orang yang hadir dari pelbagai lapisan masyarakat.

Selain itu, seramai 61 penduduk dari Kampung Baru Kandaiah, Rasa, Kampung Baru Damai, Serendah (16) dan Kampung Pasir, Hulu Yam (6) turut layak menerima notis 5A.

Salah seorang Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan, Muhammad Yushak bin Sajari, 63 Tahun menyatakan adalah tidak wajar Pengurusan Felda hanya menghantar Ketua-Ketua Blok seramai 7 orang sahaja untuk hadir ke majlis penyampaian notis 5A, walhal surat jemputan dari Pejabat Daerah Hulu Selangor adalah untuk seramai 139 Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan.

Beliau menyebut, mereka-mereka ini tidak mendapat surat jemputan ke majlis tersebut dari Pengurusan Felda FSTS yang dihantar oleh Pejabat Daerah Hulu Selangor secara jelas dan nyata telah menjemput pada dasarnya kepada semua 139 peneroka untuk hadir ke sesi penyampaian berkenaan.

Laporan diterima, menyatakan banyak ruang kerusi kosong disediakan oleh penganjur tidak dipenuhi di majlis yang berlangsung di kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu, ekoran ketidak hadiran 139 peneroka Felda FSTS.

Pengurusan Felda FSTS nampaknya mengamalkan ketidak keterbukaan dalam perkara ini. Seolah-olah tidak menyokong majlis yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan nampaknya ada unsur-unsur politiking dalam perkara ini. 

Sepatutnya apabila YAB Dato' Menteri Besar Selangor hadir ke majlis berkenaan, sewajarnya kita sebagai rakyat beramai-ramai hadir memeriahkan lagi majlis berkenaan dengan menyokong komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi hak milik tanah kepada rakyat.

139 Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan menggesa dan berharap supaya peristiwa ini tidak berlaku lagi apabila Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah dilakukan dalam waktu beberapa bulan lagi. 

Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan berharap, Majlis Penyampaian Hak Milik nanti dilibatkan semua Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan, supaya peneroka dapat berjumpa dan bermesra dengan MB Selangor yang prihatin menangani masaalah rakyat. MYS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan