Justeru dalam usia 63 tahun, Muhammd Yushak Sajari berjanji menggunakan tanah itu sebaik mungkin demi kelangsungan masa depan anak dan cucunya.
Sudah 27 tahun lamanya penantian 139 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan untuk mendapatkan geran tanah kini hampir menjadi kenyataan dengan penyampaian borang Notis 5A oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamad Azmin bin Ali di Komplek Sukan, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Setiap dari mereka menerima dua lot tanah merangkimi 10 ekar lota pertanian dan 1/4 ekar lot kediaman.
Selain daripada itu, seramai 61 penduduk dari Kampung Baru Kandaiah, Rasa, Kampung Baru Damai, Serendah (16) dan Kampung Pasir, Hulu Yam (6) turut layak menerima notis 5A.
Seorang lagi penerima, Tuan Haji Badarudin Derun, 65 Tahun, berkata sememangnya Kerajaan Negeri bertindak betul melunaskan impian ramai penduduk yang ada diantaranya lebih dari 40 tahun menanti memiliki geran.
En. Md. Hatta bin Abd. Razak menyatakan kecewa di majlis penyampaian borang Notis 5A tidak dilibatkan seramai 139 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan untuk mengambil notis berkenaan.
En. Md. Hatta bin Abd. Razak menyatakan kecewa di majlis penyampaian borang Notis 5A tidak dilibatkan seramai 139 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan untuk mengambil notis berkenaan.
“Bagaimanapun, saya bersyukur dengan pemberian geran ini. Setidak-tidaknya, saya, isteri dan anak-anak berasa lebih terjamin".
“Terima kasih Kerajaan Negeri yang begitu prihatin kepada nasib rakyat,” katanya.
Sementara itu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam ucapannya mahu penerima untuk tidak mudah meraih keuntungan singkat dengan menjual tanah diberikan.
Sebaliknya, beliau berharap penerima menyimpan tanah itu sebagai aset untuk generasi akan datang.
“Kerajaan Negeri tidak menggalakan penerima menjual tanah. Hari ini dapat notis 5A, bulan depan tanah itu dijual.
“Kita berada dalam sebuah negeri termaju, harga tanah semakin tinggi. Jadi, tanggungjawab penerima adalah menyuburkan tanah itu bukan sahaja dalam konteks pertanian, bahkan nilai tanahnya,” katanya.
Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah, Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong dan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Yatim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan