Khamis, 4 Jun 2015

139 Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan Akan Mendapat Hak Milek Tanah Tidak Lama Lagi

mb-kuala kubu 1 (1)

Penantian seramai 139 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan selama 27 tahun untuk mendapatkan hak milik tanah akan berakhir tidak lama lagi. 
Setiap dari mereka menerima dua lot tanah merangkimi 10 ekar lot pertanian dan 1/4 ekar lot kediaman.
Difahamkan Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Mohamad Azmin bin Ali akan menyerahkan sendiri surat hak milik berkenaan kepada peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
Kewajaran pemberian hak milik berkenaan dibuat setelah Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan hak milik itu, di samping membantu peneroka untuk memiliki tanah yang telah diusahakan sejak sekian lama.
Borang Notis 5A telah pun dikemukakan kepada peneroka-peneroka Felda oleh Menteri Besar Selangor di Dewan Sebaguna Kompleks Sukan, Kuala Kubu Bharu pada 10hb. Mei, 2015 untuk pembayaran premium tanah. 
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam ucapannya mahu penerima untuk tidak mudah meraih keuntungan singkat dengan menjual tanah diberikankerana kita berada dalam sebuah negeri termaju, harga tanah semakin tinggi. Jadi, tanggungjawab penerima adalah menyuburkan tanah itu bukan sahaja dalam konteks pertanian, bahkan nilai tanahnya,” katanya.
Seorang peneroka Felda di Felda Sungai Tengi Selatan, Encik Muhammad Yushak bin Sajari menyatakan rasa kesyukuran kerana Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan YAB Tuan Mohamad Azmin Ali telah meluluskan surat hak milik tersebut yang telah ditunggu selama 27 tahun lamanya.
Tanah yang diterokai sejak 1988 telah dimajukan oleh Felda sebagai ladang kelapa sawit membabitkan sebanyak 139 lot, kini berjaya mengubah taraf hidup mereka.
Bagi Encik Mustafa bin Isa, seorang peneroka Felda dari generasi kedua melahirkan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang amat prihatin dan peka kepada permasaalahan rakyat. Dengan pemberian geran ini, setidak-tidaknya, saya, isteri dan anak-anak berasa lebih terjamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan