Selasa, 30 Jun 2015

Rakyat Malaysia akan balik kampung beraya dengan harga RON95 yang baru.


Harga minyak petrol RON95 akan naik 10sen seliter bermula tengah malam ini.

Kenaikan berlaku walaupun berlaku kejatuhan harga minyak dunia sejak 10 Jun lalu.

Harga RON97 pula akan naik 20sen seliter manakala harga diesel kekal.

Harga baru ini disahkan dengan beberapa pengendali stesen minyak.

Harga Minyak Julai

RON95 dam diesel sekarang dijual pada harga RM2.05 seliter sementara RON97 pula dijual dengan harga RM2.35 seliter, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Berita Kenaikan Harga Minyak Julai 2015 : Petrol RON95 Naik 10 Sen Ron97 Naik 20 sen. Punca?
Yang mana masih ada tersimpan lagi baki duit pemberian Br1M oleh kerajaan sebelum ini, ataupun duit saguhati penjawat awam RM500 boleh digunakan sedikit sebanyak bagi menampung lonjakan kos penggunaan minyak RON95 dan minyak RON97 anda selepas ini.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2015 kali ini, rakyat Malaysia akan balik kampung beraya dengan harga RON95 yang baru.
Ini kerana terkini, kenaikan harga minyak Julai 2015 naik 10 sen bagi harga petrol RON95 manakala harga petrol RON95 naik 20 sen dikala harga minyak dunia turun pada ketika ini.

Senarai Kenaikan Harga Minyak Julai 2015 : Harga Petrol RON95 dan RON97 Naik?

  • Harga minyak RON95 naik 10 sen menjadi : RM2.05 seliter
  • Harga minyak RON97 naik 20 sen menjadi RM2.35 seliter
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dilapor mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan lagi mengumumkan harga baru petrol pada hari terakhir setiap bulan.

Hasan dilapor sebagai berkata, mulai hari ini, pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.

Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) mengalu-alukan tindakan itu kerana pengumuman awal akan mengganggu kelancaran operasi stesen minyak.

Kerajaan menggunakan kaedah pengapungan terkawal harga minyak dan tidak lagi menanggung subsidi sejak Disember tahun lepas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan