Selasa, 26 Mei 2015

Jelaskan suara 'Sangkakala', NASA sebut bumi bernyanyi tiap hari

Jelaskan suara 'Sangkakala', NASA sebut bumi bernyanyi tiap hari

Badan Antariksa Amerika Syarikat (NASA) mengaku punya jawaban atas fenomena suara-suara dari langit yang banyak didengar orang di seluruh dunia sejak 2011. Menurut lembaga ilmiah ini, suara yang muncul dari langit itu berada dalam frekuensi infrasonik. Dalam situasi normal, manusia tidak boleh mendengarnya.

Sumber bebunyian tersebut dari gesekan lempeng bumi maupun medan magnetik di atmosfer, termasuk ketika muncul aurora di dekat kutub. Suara-suara itu sebetulnya terus 'dinyanyikan' oleh Planet Bumi setiap saat.
"Seandainya manusia punya antena, alih-alih cuping telinga, maka mereka boleh mendengar gelombang radio bumi itu," tulis pernyataan pers NASA seperti dilansir WND.com, Selasa (26/5).

Dalam kesempatan terpisah, Geolog David Deming dari Universitas Oklahoma, Amerika Syarikat, menyatakan fenomena munculnya suara-suara dari langit itu nyata. Dia masih belum dapat menentukan penjelasan paling sahih, tapi dari catatannya warga di pelbagai belahan dunia rutin mendengar suara infrasonik tersebut.

"Kira-kira 2 hingga 10 peratus penduduk bumi mendengar nyanyian bumi ini," tuturnya.

Ilmuwan sejak lama sudah mencatat fenomena bumi bernyanyi. Ada teori bila suara langit makin sering terdengar, artinya ada gerakan aktif di inti bumi. Potensi kegiatan vulkanik maupun tektonik semakin besar.

Di blog maupun forum diskusi online, muncul beberapa teori. Di antaranya suara hasil penggalian bawah tanah, tekanan pipa gas, hingga gempa bumi.

Aaron Taylor, warga Kota Montana, AS, ikut mengunggah rakaman pengalamannya mendengar suara langit pada 18 Februari 2012. Dia mengaku terkejut kerana suara yang dia dengar mirip cerita Kitab Injiltentang terompet Sangkakala, penanda akhir zaman. Deskripsi kiamat melibatkan alunan terompet dari langit juga diimani umat Muslim dan Yahudi.

"Walau kita berusaha mencari jawaban logik (suara-suara itu), gagasan bahawa ini tanda akhir zaman bermunculan di kepala saya. Bagaimana bila suara ini termasuk nubuat tersebut," kata Taylor.

Sebelumnya diberitakan, manusia di pelbagai belahan dunia ramai-ramai mengunggah video pengalaman mereka mendengar suara aneh dari langit. Video paling lama dalam catatan Youtube diunggah pada 2011 dari Kota Homel, Belarusia.

 Merdeka.com

Ahad, 24 Mei 2015

Hotel terbesar di dunia di Makkah

big-hotel_600
Abraj Kudai yang mempunyai 12 menara, 10 ribu buah bilik dan 70 restoran juga akan dilengkapi sebuah pusat konvensyen, di kawasan seluas 1.4 juta persegi.
Hotel paling besar di dunia dijangka akan memulakan operasinya di Makkah pada 2017.
Abraj Kudai yang mempunyai 12 menara, 10 ribu buah bilik dan 70 restoran juga akan dilengkapi sebuah pusat konvensyen, di kawasan seluas 1.4 juta persegi.
Berdasarkan jumlah bilik yang dimilikinya, apabila siap kelak, ia mencatat rekod sebagai hotel terbesar di dunia.
Bangunan yang direka bentuknya dihasilkan firma Dar Al Handasah, dikatakan menelan belanja AS$3.5 bilion.
Menurut laman rasmi firma itu, tapak hotel berkenaan terletak dua kilometer daripada Masjidil Haram.
Memetik laporan cnn.com, pada masa sekarang, MGM Grand di Las Vegas, mencatat rekod sebagai hotel terbesar di dunia dengan jumlah 6,198 buah bilik.
Manakala First World Hotel di Genting, Pahang menduduki senarai kedua dengan jumlah 6,118 bilik.

Isnin, 18 Mei 2015

9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam


1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)
Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.




2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )
Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5.Sa'ad bin Abi Waqqas.

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad.

Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)

Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir.


Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.


9. Amru Bin Ash.

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

TK

Ahad, 17 Mei 2015

Semenanjung Malaysia Bakal Menjadi Sebuah Pulau Selepas Terusan Ini Wujud?


Berlegar legar dilaman sosial apabila dikatakan pada 10 April 2015 lalu Kerajaan Republik China dan Kerajaan Thailand telah berjaya memetrai satu perjanjian kerjasama untuk mewujudkan satu terusan yang bakal menyebabkan Semenanjung Malaysia terputus dengan tanah besar Asia Tenggara menjadi sebuah pulau.

Perjanjian tersebut sebuah syarikat gergasi dari China dibenarkan melabur di selatan Thailand untuk pembinaan semula lapangan terbang, pelaburan dan pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Thailand dan Pusat Pameran, pemasangan bas NGV dan yang paling penting membina sebuah terusan merentasi Selatan Thai.


Terusan Kra Isthmus atau Thai Canal itu bakal diwujudkan untuk memendekkan perjalanan kapal dagang dari China untuk ke Eropah iaitu sama konsep dengan Terusan Panama dan Terusan Suez.

Menurut MoU berkenaan, jumlah panjang Terusan Kra Isthmus yang dicadangkan ialah akan merentasi selatan Thai sepanjang 102 kilometer dengan lebar 400 meter lebar dan kedalaman mencecah 20 meter.

Dikatakan cadangan tersebut sebenarnya bukanlah cadangan baru tetapi telah di cadangkan oleh Raja Narai pada tahun 1677 lagi dengan meminta jurutera Perancis de Lamar tetapi gagal kerana keupayaan teknikal yang terhad pada masa itu.


Dengan kewujudan Terusan Kra Isthmus ini dikatakan dapat menjimatkan jarak perjalanan kapal -kapal dagang antarabangsa  sejauh 1,200 kilometer kerana tidak perlu lagi melalui perairan Selat Melaka dengan mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Kewujudan terusan ini bukan sahaja dapat menjimatkan jarak perjalanan malahan menjimatkan kos bahan api, kos pengangkutan dan menjimatkan masa.

Anggaran awal kos pembinaan Terusan  Kra Isthmus ialah USD $27 bilion dan dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. Apabila siap ia akan menjadi terusan buatan manusia terbesar di Asia.

Bagaimanapun tarikh untuk projek pembinaan terusan itu masih belum diketahui.

Berita ini mungkin mencetuskan kerisauan dikalangan negara yang bergantung kepada Selat Melaka termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Kerana kewujudan terusan ini pasti akan memberi kesan kepada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura.

Perlu diingat bahawa salah satu sebab Benua Afrika mundur adalah kerana kewujudan Terusan Suez yang menyebabkan kurang kapal dagang melalui perairan benua tersebut. 


bloglist-malaysia.blogspot.com

Selasa, 12 Mei 2015

Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan Kecewa Tidak Mendapat Jemputan Di Majlis Penyampaian Notis 5A


KUALA KUBU BHARU : Seramai 139 Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan begitu kecewa kerana tidak mendapat jemputan ke Majlis Penyampaian Borang Notis 5A (Geran Tanah) di Kompleks Sukan, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 11 Mei 2015 baru-baru ini.

Penyampaian borang notis 5A dilakukan oleh YAB Dato' Menteri Besar, Selangor Tuan Mohamed Azmin bin Ali disaksikan lebih kurang 500 orang yang hadir dari pelbagai lapisan masyarakat.

Selain itu, seramai 61 penduduk dari Kampung Baru Kandaiah, Rasa, Kampung Baru Damai, Serendah (16) dan Kampung Pasir, Hulu Yam (6) turut layak menerima notis 5A.

Salah seorang Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan, Muhammad Yushak bin Sajari, 63 Tahun menyatakan adalah tidak wajar Pengurusan Felda hanya menghantar Ketua-Ketua Blok seramai 7 orang sahaja untuk hadir ke majlis penyampaian notis 5A, walhal surat jemputan dari Pejabat Daerah Hulu Selangor adalah untuk seramai 139 Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan.

Beliau menyebut, mereka-mereka ini tidak mendapat surat jemputan ke majlis tersebut dari Pengurusan Felda FSTS yang dihantar oleh Pejabat Daerah Hulu Selangor secara jelas dan nyata telah menjemput pada dasarnya kepada semua 139 peneroka untuk hadir ke sesi penyampaian berkenaan.

Laporan diterima, menyatakan banyak ruang kerusi kosong disediakan oleh penganjur tidak dipenuhi di majlis yang berlangsung di kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu, ekoran ketidak hadiran 139 peneroka Felda FSTS.

Pengurusan Felda FSTS nampaknya mengamalkan ketidak keterbukaan dalam perkara ini. Seolah-olah tidak menyokong majlis yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan nampaknya ada unsur-unsur politiking dalam perkara ini. 

Sepatutnya apabila YAB Dato' Menteri Besar Selangor hadir ke majlis berkenaan, sewajarnya kita sebagai rakyat beramai-ramai hadir memeriahkan lagi majlis berkenaan dengan menyokong komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi hak milik tanah kepada rakyat.

139 Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan menggesa dan berharap supaya peristiwa ini tidak berlaku lagi apabila Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah dilakukan dalam waktu beberapa bulan lagi. 

Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan berharap, Majlis Penyampaian Hak Milik nanti dilibatkan semua Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan, supaya peneroka dapat berjumpa dan bermesra dengan MB Selangor yang prihatin menangani masaalah rakyat. MYS

Penantian 27 Tahun Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan Miliki Geran Tanah


KUALA KUBU BARU : Harapan bagi peneroka Felda Sungai Tengi Selatan, Muhammad Yushak Sajari 63 tahun untuk memiliki geran tanah bagi lot kediaman dan pertanian yang diusahakannya selama ini akhirnya tercapai, hari ini.
Justeru dalam usia 63 tahun, Muhammd Yushak Sajari berjanji menggunakan tanah itu sebaik mungkin demi kelangsungan masa depan anak dan cucunya.
Sudah 27 tahun lamanya penantian 139 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan untuk mendapatkan geran tanah kini hampir menjadi kenyataan dengan penyampaian borang Notis 5A oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamad Azmin bin Ali di Komplek Sukan, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Setiap dari mereka menerima dua lot tanah merangkimi 10 ekar lota pertanian dan 1/4 ekar lot kediaman.
Selain daripada itu, seramai 61 penduduk dari Kampung Baru Kandaiah, Rasa, Kampung Baru Damai, Serendah (16) dan Kampung Pasir, Hulu Yam (6) turut layak menerima notis 5A.
Seorang lagi penerima, Tuan Haji Badarudin Derun, 65 Tahun, berkata sememangnya Kerajaan Negeri bertindak betul melunaskan impian ramai penduduk yang ada diantaranya lebih dari 40 tahun menanti memiliki geran.

En. Md. Hatta bin Abd. Razak menyatakan kecewa di majlis penyampaian borang Notis 5A tidak dilibatkan seramai 139 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan untuk mengambil notis berkenaan. 
“Bagaimanapun, saya bersyukur dengan pemberian geran ini. Setidak-tidaknya, saya, isteri dan anak-anak berasa lebih terjamin".
“Terima kasih Kerajaan Negeri yang begitu prihatin kepada nasib rakyat,” katanya.
Sementara itu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam ucapannya mahu penerima untuk tidak mudah meraih keuntungan singkat dengan menjual tanah diberikan.
Sebaliknya, beliau berharap penerima menyimpan tanah itu sebagai aset untuk generasi akan datang.
“Kerajaan Negeri tidak menggalakan penerima menjual tanah. Hari ini dapat notis 5A, bulan depan tanah itu dijual.
“Kita berada dalam sebuah negeri termaju, harga tanah semakin tinggi. Jadi, tanggungjawab penerima adalah menyuburkan tanah itu bukan sahaja dalam konteks pertanian, bahkan nilai tanahnya,” katanya.
Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah, Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong dan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Yatim.

Isnin, 4 Mei 2015

Anak Peneroka Felda Cipta Air Minuman Kesihatan ‘Mentari Kombucha’

MUADZAM SHAH – “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” menjadi pegangan Abdul Hadi Rahman, 25, apabila gagal mendapat pekerjaan sesuai dengan kelulusannya selepas tamat pengajian kira-kira tiga tahun lepas.
Enggan menjadi sebahagian daripada masalah pengangguran generasi muda peneroka tanah rancangan Felda yang menjadi isu ketika ini, anak jati Felda Keratong 1 itu memberanikan diri untuk menghasilkan produk sendiri.
Lulusan ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Terengganu pada 2013 itu memanfaatkan apa yang dipelajarinya dengan mencipta minuman kesihatan air teh probiotik berkarbonat ‘Mentari Kombucha’.
“Saya mulakan projek ini di rumah selepas tamat pengajian dengan menjalankan penyelidikan selama setahun sebelum mula mengeluarkan minuman ini secara serius awal tahun ini,” katanya.
Abdul Hadi berkata minuman yang dihasilkannya adalah minuman kesihatan yang diubah suai formulanya supaya serasi dengan cita rasa orang ramai.
“Kombucha ialah teh yang ditapai dengan beberapa jenis bakteria dan yis, secara tradisionalnya dikenali sebagai teh cendawan Mekah, teh mud mud, ibu som atau cendawan ajaib,” katanya ketika ditemui di kilangnya di Felda Keratong 10 dekat sini.
Katanya, bermodalkan wang simpanan berjumlah RM20,000, beliau mula menjalankan penyelidikan dengan turut dibantu oleh pensyarah Unisza Prof Dr Che Abdullah Abu Bakar.
Jelasnya minuman ini dihasilkan menggunakan teh hitam (Camellia Sinensis) dan mempunyai rasa yang masam, manis dan sedikit kelat teh.
“Ada yang berpendapat baunya seperti ditambah madu walaupun madu bukan sebahagian daripada bahan yang digunakan dalam proes pembuatan minuman ini,” kata Abdul Hadi
Katanya, teh Kombucha yang kandungan antioksidan semulajadi dan asid organik diyakini dapat membantu mengimbangkan fungsi tubuh serta menggalakkan nyahtoksik.
“Kombucha juga bertindak balas mengikut kesesuaian tubuh seseorang serta turut digunakan untuk merawat batuk berpanjangan, ketidakhadaman dan kelesuan berdasarkan beberapa kajian saintifik yang dilakukan bagi membuktikan khasiat minuman ini,” katanya.
Abdul Hadi berkata kilangnya kini mampu menghasilkan sejumlah 20,000 botol air sebulan yang dijual dengan harga RM8 sebotol.
Mengulas isu pengangguran generasi muda peneroka Felda, beliau berkata masalah itu tidak mungkin berleluasa jika anak muda di kawasan itu bijak mengambil peluang menjana pendapatan sendiri
Katanya, generasi muda di Felda tidak boleh terlalu bergantung kepada pekerjaan makan gaji atas dasar persaingan yang tinggi dalam mencari pekerjaan “Kebanyakan anak muda di Felda terlalu memilih pekerjaan dan akhirnya mereka menganggur sehingga timbul masalah gejala sosial yang banyak,” katanya sambil menasihatkan mereka untuk memanfaatkan peluang yang ada untuk menjana pendapatan. – BERNAMA

Kadir: PM terhutang budi tajaan kahwin anaknya?


Bekas pengarang kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin berkata penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap penajaan bagi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan beliau di Kazakhstan, menimbulkan persoalan.

"Kita perlu bertanya, adakah elok bagi seorang perdana menteri menerima tajaan daripada pihak luar untuk mengadakan majlis mewah yang undangannya dikeluarkan oleh beliau sendiri?

"Tidakkah ini membuatkan perdana menteri kita terhutang budi dan boleh menjadi mangsa peras ugut oleh pihak-pihak yang menaja perbelanjaan beliau, misalnya membeli berpuluh-puluh buah jam tangan mewah untuk dijadikan hadiah?" tulis Kadir di blognya

Kadir mengulas kenyataan pegawai khas Najib -  Rizal Mansor - yang memberitahu Malaysiakini bahawa rombongan ke Kazakhstan baru-baru ini ditaja oleh keluarga menantunya, Daniyar Kessikbayev.

Dicetuskan oleh dakwaan Dr M

Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan mereka berada di Kazakhstan dari 17 hingga 19 april untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Sebelum ini, dua majlis telah diadakan di Kuala Lumpur dan di Pekan, Pahang.

Tidak banyak yang diketahui mengenai majlis itu, tetapi perbincangan hangat mengenai majlis tersebut bermula selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa terdapat khabar angin bahawa RM3 juta dibelanjakan untuk susunan bunga di majlis perkahwinan itu  pada 28 Mac di KLCC.

Mahathir juga mendakwa rombongan Najib ke Kazakhstan pada bulan April itu ialah sekitar 300 orang.

Dua jet kerajaan yang biasanya digunakan untuk menerbangkan perdana menteri ke luar negara, tidak terbang ke Kazakhstan dalam tempoh tersebut. MK

Ahad, 3 Mei 2015

Infra Jembatan Air Di Jerman

Salah satu jambatan yang paling unik di dunia! Jambatan Air Magdeburg di Jerman. Apabila manusia berusaha mencipta sesuatu yang unit dan memberikan kemudahan kepada rakyat. Tapi Najib membatalkan usaha membina jalan keretapi utara selatan...









Jumaat, 1 Mei 2015

KONSPIRASI DAJJAL MAHU MEMBUNUH “MUHAMMAD AKHIR ZAMAN”



Serangan Barat terhadap Islam dengan pelbagai fitnah adalah serangan langsung kepada pembawa risalah Islam itu, yakni Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Bagi sesiapa yang mengenali akhlak dan peribadi Baginda yang suci, nescaya segala tohmahan tersebut amat melukakan hati. 

Musuh Islam mahu menghapuskan kecintaan umat pada Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, mereka mahu menghapuskan nama Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam pada dunia moden ini. Gerakan Dajjal mengetahui bahawa tiada yang boleh menghalang mereka untuk menguasai dunia ini melainkan pengikut Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam. 

Tertarik dengan satu tulisan di blog Ibnu Yaakob yang mengatakan bahawa serangan yang dilakukan pada Iraq dan Afghanistan bukan atas alasan minyak semata-mata atau mencari kekayaan. Ini kerana mereka sudah memiliki kekayaan, tapi yang sebenarnya ialah untuk mencari pengganti Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam iaitu Imam al-Mahdi yang amat diyakini berada di negara tersebut. Sebab itulah banyak serangan tertumpu pada wanita dan kanak-kanak atau orang awam yang disyaki mempunyai pertalian dengan Imam Al-Mahdi. 


Para pelampau Yahudi tidak akan berputus asa. Walaupun dalam kitab mereka sudah menyatakan akan lahirnya Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam,Nabi akhir zaman, tetapi mereka akan pastikan Muhammad akhir zaman adalah daripada keturunan mereka dan membantu mereka menguasai dunia. 

Justeru itu mereka telah menghantar pasukan pengintip di segenap penjuru untuk mencari kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri nabi akhir zaman. Jika bukan di kalangan mereka, ia hendaklah dibunuh. 

Sejarah mencatatkan bagaimana Buhaira, seorang pendeta Yahudi yang apabila melihat Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam ketika mengikuti Abu Talib dalam rombongan perniagaan ke Syam, beliau menyarankan agar Abu Talib membawa Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang masih kanak-kanak itu kembali ke Mekah, kerana dibimbangi akan dibunuh oleh agen Yahudi apabila menemuinya. 

Kalaulah di zaman yang tiada teknologi pun mereka sudah mampu memiliki fakta-fakta bentuk gambaran Nabi ketika kecil untuk diberi pada agen Yahudi untuk membunuhnya, apatah lagi di zaman ini. Mereka tahu segalanya telah disusun atur oleh Allah tetapi mereka tetap berani mahu menentang aturan Allah. Kini mereka tidak mahu tersilap melepaskan al-Mahdi sedari zaman kanak-kanak lagi, dibimbangi berulang kembali kealpaan mereka dahulu yang membiarkan Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam membesar sehingga akhirnya memusnahkan mereka. 

Walaupun di kalangan umat Islam berlakunya pelbagai aliran kepercayaan terhadap kelahiran Imam al-Mahdi, tetapi bagi Zionis, ia adalah pasti. Ini dapat dilihat melalui pembongkaran penulisan dan perbincangan mereka terhadap al-Mahdi. 

MISTERI KERJASAMA YAHUDI DAN NASRANI 

Yahudi dan Nasrani pada sejarahnya bermusuhan sesama mereka. Amat mustahil untuk mereka bergabung disebabkan tiada titik pertemuan dalam ajaran kedua agamanya. Justeru apabila mereka bergabung kini, ia suatu misteri yang mesti dikaji. 

Berbanding Islam, ia agama yang mempunyai titik pertemuan dengan kedua ajaran tersebut dengan memuliakan Nabi Isa a.s dan menyucikan ibunya, Siti Maryam. Bahkan Islam amat bertoleransi dengan menganjurkan hubungan yang baik dengan kaum Yahudi dan Nasrani, sehingga boleh memakan sembelihan mereka dan berkahwin dengan perempuan di kalangan Ahli Kitab. 

Semua perintah tersebut terpakai selagi Yahudi dan Nasrani tidak bersama menjadi kawan sesama mereka. Namun apabila berlaku sebaliknya, Allah memerintahkan umat Islam menjauhi kaum tersebut sebagaimana firmanNya : 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu.” (Al-Maidah : 51

Ini disebabkan penggabungan Yahudi dan Nasrani sebenarnya adalah membentuk satu agama baru yang sebenarnya menjalankan ritual penyembahan kepada IBLIS atau di istilahkan sebagai LUCIFER. Mereka bukan penganut agama Ahli Kitab lagi, bahkan agama ajaran Dajjal yang telah berjaya mempengaruhi para penganut kedua-dua ajaran samawi tersebut melalui tipudaya para PENDITA JAHAT agar meninggalkan agama mereka sejak sekian lama; lalu menyembah dirinya dan syaitan. Mereka ini asal punca keturunan yang memang memusuhi Allah SWT. 

Contohnya keturunan elit istana dari zaman purba Mesir (Firaun) mengalir dalam darah keturunan kedudukan Diraja di Eropah hari ini. Jika anda tidak tahu, upacara pertabalan Queen of England yang diamalkan hari ini sebenarnya adalah lebih kurang sama seperti upacara pertabalan Firaun sejak beribu tahun dahulu di Mesir. Ia berkaitan alat-alat kebesaran yang digunakan, juga simbol-simbol Yahudi yang digunakan dalam upacara pertabalan dan ritual-ritual satanis “kecil” yang diamalkan semasa pertabalan. 

Jelas mengapa penyembah Iblis ini memusuhi Islam. Ia kerana mereka mahu menggulingkan akidah tauhid dan menguasai umat serta negara Islam secara 100 peratus. Agama-agama lain di dunia pula sudah berjaya disesatkan secret society penyembah syaitan sejak zaman tamadun awal lagi. Agama Nasrani berjaya disesatkan konsep ketuhanannya dengan dimasukkan elemen Triniti (Tuhan Bapa-Anak, Tuhan-Roh Kudus) dengan perantaraan konco bernama Paulus yang kini dikenali sebagai tokoh penyebar agama itu. Agama Yahudi Judaism pula berjaya diselewengkan dengan memecahkan bangsa itu dan memusnahkan teks Kalam Allah (Taurat, Zabur) melalui penjajahan dan perhambaan di Babylon, Assyria, Rom dan Greek sehingga bangsa itu hilang identiti Hebrew. 

Kedatangan Islam untuk menyampaikan Quran bagi menyempurnakan kitab-kitab yang dimusnahkan dicemari penulisannya itu menimbulkan kebimbangan di kalangan golongan syaitan bertopeng manusia ini (Kultus Syaitan), kerana Islam akan membawa manusia kembali mengenal Tuhan yang wajib disembah. Agama-agama lain (bukan daripada perintah Allah) terutama polytheistic yang menyembah banyak dewa dan patung pula tidak diganggu oleh Illuminati kerana langsung tidak mengancam perancangan mereka. 

Penyembah Allah dan Pendukung setia ajaran Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang mulia (para ulama’, para auliya’) kini di hujani pelbagai fitnah dan serangan istilah; Mereka dituduh sebagai pengganas, taksub, fundamentalis, pelampau agama, terroris, bapa bid’ah dan sebagainya. Ia adalah kesan ancaman fitnah pengikut Dajjal (pengikut syaitan) seperti yang pernah dipesan oleh Nabi kita yang mulia Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam lebih 1400 tahun lalu. Islam yang merupakan satu-satunya agama Allah yang masih mendokong Tauhid terus ditentang habis-habisan dan cuba disesatkan, di bida’ahkan sebagaimana ajaran-ajaran Tauhid terdahulu. 

Hari ini, penyembah syaitan ini sudah hampir kepada perancangan terakhir mereka. Pendukung aliran Zionis berusaha melepaskan semula Dajjal yang bermata satu atau Dewa Horus (Dewa Mesir Purba) atau One-Eyed Sun God. Bukti perancangan dan agenda mereka berada di sekeliling kita tanpa semua di kalangan kita sedar. Golongan Zionis (pengikut Dajjal) ini dibenci oleh Ahli Kitab Yahudi (Orthodoks) dan Nasrani yang benar, tetapi golongan syaitan ini pandai berselindung di sebalik wajah agama Yahudi dan Nasrani sehingga masyarakat dunia tertipu. Yahudi Ortodox tidak pernah bersetuju dengan gagasan Zionis (rujuk Protokol Zionis) dan lebih menghargai keamanan. Yahudi Ortodox ini juga pernah disampaikan dakyah Zionis bagi merealisasikan negara Yahudi Israel melalui agenda Nazi namun mereka menolak dan kesannya, mereka dibunuh (Peristiwa Holocust). Mereka dibunuh bahkan diperalatkan untuk mengaburi serta mendapat simpati dunia agar merestui penubuhan negara Israel yang wujud hari ini. Manakala Yahudi yang berfahaman Zionis dan Mason pula dibenarkan hidup untuk merealisasikan penubuhan Israel. Di mana Yahudi Ortodox ini tinggal hari ini? Mereka tidak tinggal di Israel tetapi berada di Amerika dan Eropah. 

Mereka hidup dalam kelompok tersendiri dan menyisihkan diri daripada kemajuan yang dikecapi dunia hari ini. Mereka sama seperti golongan Amish (Penganut Kristian Tradisional- terpinggir). Tetapi tidak bermakna mereka tidak terlibat langsung dalam agenda Illuminati, mereka dilibatkan sama dan kita umat Islam juga turut dilibatkan sama tanpa kita sedari. Kita berada di zaman yang berhadapan dengan serangan ‘Syaitan Besar’ iaitu Dajjal. 

Rasulullah saw banyak mengingatkan kita akan Dajjal ini. Segala tokoh dan negara yang berpengaruh tunduk padanya kerana ia menjanjikan kekuasaan dan kekayaan. Amerika, Britain dan sekutunya kini dibawah panji-panji Dajjal untuk menguasai dunia. Seluruh manusia yang mencintai dunia, akan berada di bawah telunjuknya dan menyembahnya tanpa perlu menukar agama. Orang Islam, Kristian, Yahudi tetap dengan agama masing-masing, tetapi hati dan fikiran mereka menyembahnya kerana ia mampu memberi kekayaan, kehebatan, pengaruh dan kekuasaan. 

BERSATU SEMARAKKAN PERJUANGAN CINTA RASULULLAH sallaLlahu ‘alaihi wassalam Segala keimanan yang berada dalam jiwa umat Islam ditarik perlahan-lahan dengan silaun kebendaan dan kecanggihan teknologi yang hebat. Jiwa ini perlu dipertahan dengan diikat sekuatnya dengan kecintaan pada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam. 

Jiwa yang hidup dengan cinta pada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam akan membuatkan seseorang itu teguh keyakinan pada ajaran Baginda berkaitan dengan keTuhanan, ibadah, syariat, alam barzakh, alam Mahsyar, neraka dan syurga. Jangan kita menyusun majlis Maulidur Rasul sekadar untuk mengingati Baginda, sallaLlahu ‘alaihi wassalam berarak dan makan minum, tetapi lebih jauh lagi adalah untuk merapatkan kembali saff Islam dalam mempertahankan diri daripada kehancuran akidah yang begitu hebat serangannya. 

Kita wajib bangun di atas kesatuan hati yang mencintai Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, dengan mengamalkan ajaran Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam dan menyakini bahawa tiada jalan lain mencapai kejayaan dunia dan akhirat melainkan jalan yang ditunjuki Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, tiada jalan lain untuk menjadi mulia dan tiada hina di dunia dan akhirat melainkan jalan yang ditunjuk Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, tiada jalan lain untuk mencapai cinta Allah melainkan dengan mengikuti Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam. 

Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam adalah Nur yang didatangkan kepada seluruh manusia di alam yang penuh kegelapan ini. Sesiapa yang berpaling daripada Nur ini, mereka akan teraba-teraba dalam kegelapan dan mereka akan menjadi habuan syaitan dan Dajjal untuk meratah daging, hati dan tulang serta menjadi teman mereka dalam Neraka nanti. 

Semoga diharap pada pembaca laman ini, akan sentiasa menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul di rumah, di pejabat, melalui wadah masing-masing, di kampung masing-masing dan sebagainya demi untuk sebuah cinta, demi untuk menjaga akidah diri, keluarga serta masyarakat. Sambutan Maulidur Rasul adalah amalan yang amat ditekankan seluruh Ulama tradisi Alam Melayu di nusantara ini. 

Jangan biarkan amalan ini mati, ini adalah dakwah kebijaksanaan Ulama Alam Melayu dalam mempertahankan akidah dan ajaran Islam dengan penuh hikmah dan menepati jiwa orang Melayu. Marilah kita bersatu hati, satu rasa, satu fikrah, satu aspirasi dalam menghidupkan cinta pada Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam serta mencintai segala ilmu dan amalan Ulama Alam Melayu yang alim, soleh dan amat bijaksana. 

Sumber